Thursday, August 31, 2006

Selamat Hari Merdeka!

MERDEKA MERDEKA MERDEKA!

Pada pagi yang mulia ini, para rakyat Malaysia akan menyaksikan perarakan Merdeka di merata negeri di Malaysia ini. Adakah anda salah satu daripadanya? Atau adakah anda akan menyaksikannya di kaca televisyen dengan sarapan pagi yang menyihatkan?
tapi malangnya saya kena kerja hari ini, tak boleh bangun lambat, tak boleh menikmati kesejukkan pada pagi ini. sepanjang malam tadi telah hujan lebat syoknya tidur tetapi kena bangun awal. trafik di jalan pun lancar! saya sampai tempat kerja 30 minit legih awal daripada biasa hahahah

apa makna merdeka kepada anda semua? adakah ia tentang kebebasan seseorang individu di negara ini, kebebasan beragama, kebebasan bekerja, kebebasan untuk ke mana-mana di negara ini? ataupun rakyat malaysia boleh berdikari, boleh membuat sesuatu sendiri (ingat tak kereta proton? perodua? atau pun mempunyai MAS dan Air Asia?)

perkara yang membanggakan saya adalah kepelbagaian kaum di Malaysia. Ada kaum Cina, Melayu, India, kaum di Sabah dan Sarawak dan kaum saya iaitu kaum SERANI! YEAH! SERANI BOLEH! okok balik ke topik. saya bangga yang kami semua memahami antara satu sama kaum. bukan sahaja memahami tetapi boleh menikmati dan menyertai perayaan kaum yang berbeza dan lain. Keadaan ini (bagi saya la) membuka minda rakyat Malaysia untuk menerima kaum yang lain dan memahami bahawa bukan dialah seorang dalam negara ini, ada orang yang lain yang berbeza

saya telah melancong ke luar negeri dalam setahun yang lepas dan ia amat berbeza. saya akui bahawa ia amat mengembirakan menikmati tempat orang lain tetapi selepas beberapa hari saya akan merindui penang saya. mungkin ini kerana saya tidak melancong dengan banyak tetapi mungkin ini kerana tempat ini adalah tempat saya. kamu boleh berkata tentang keganasan di sini ataupun di tempat lain, pada pandangan saya, mana-mana pun adalah sama. oleh itu, pada masa ini, saya tidak boleh bayangkan diri saya tinggal di tempat orang... mungkin bila masa datang, ia mungkin terjadi tapi kalau sekarang, tidak...

baik, ia amat memenatkan bagi saya menulis lagi dalam bahasa malaysia tetapi saya bangga mengetahui dan belajar bahasa ini, tidak begitu baik tetapi boleh la.. apakah markah saya? menulis blog ini dalama bahasa malaysia...? sila beri jawapan dalam bahasa malaysia juga ya! kita boleh bandingkan tahap bahasa kita semua!

kepada 5xmom, macam mana? pass ke tak? :)

No comments: